Pages

Thursday, April 26, 2012

Cara dan kelebihan melakukan Solat Sunat Dhuha

Jom belajar cara-cara menunaikan solat sunat Dhuha :). Dan ketahui juga fadhilat-fadhilat/kelebihan-kelebihan melakukan solat sunat Dhuha.

Keterangan dalam bentuk gambar (klik untuk membesar)
Antara kelebihan menunaikan solat sunat Dhua

1.  Mendapat kerelaan Allah yang besar.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang yang telah diriwayatkan oleh (saidina) anas ra. yang daripada Nabi Muhammad SAW : bagi sesiapa yang melakukan solat dhuha membaca pada rakaat pertama surah al-fatihah dan ayat kursi 10x, dan pada rakaat kedua surah al-fatihah dan Qul Huwallah  Hu ahad 10x, nescaya ia mendapat kerelaan Allah yang Maha Besar. ( HR. Anas bin Malik )

2.  Dosanya akan diampuni walaupun sebesar lautan.
Sabda Rasullullah SAW  "Barangsiapa   yang dapat mengerjakan solat dhuha secara bterus-menerus akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

3.  Mendatangkan rezeki dan menolak kekafiran/kemiskinan.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kekafiran/kemiskinan, dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha, kecuali orang-orang yang bertaubat/mendekatkan diri pada Allah.

Doa selepas selesai solat sunat Dhuha